Muka Vs Kuih Seri muka



Muka. 

Sememangnya dan absolutely wal obviously mainkan banyak peranan dalam kehidupan.


Contoh. Muka Pintu. Kalau kita tengok Muka Pintu tu huduhs, rosak, calar balar, hah! alamatnya pintu tu ada masalah.


Same goes to our face. Kalau muka hang ketat wal kelat mengalahkan ayaq kopi warung Pak Samsul, tak lain tak bukan confirm ada masalah! 

"Hambooi! ayaq kopi aku pula dipersalahkan. Hang nak hang habaq lah. Toksah bawak naik nama aku. Femes jap pakcik~ *buat gaya tersipu* "


"errr.. okay pakcik okay" 


"Nak, pakcik nak tanya sat aih. Macam mana kalau ada oghang tu memang jenih muka dia masam jah. Kalah aih ayaq asam jawa. Tapi dia sebenaqnya memang macam tu walaupun gembira"


Hmmm. Okay. Menjawab persoalan Pak Samsul. Dah kalau muka dia memang pesen gitu. Sejak azali lagi memang masam gitu. Itu takyah cerita lah. Dah kalau happy pun gitu, excited pun gitu, sedih pun gitu. Itu tolak tepi lah bro.


Melainkan kalau dia buat senaman senyuman hari-hari dan akhirnya berjaya buat berbagai expression. 


Ok. Ayat macam nak lari topik je. Lul.


Soalan. Kenapa muka mainkan banyak peranan?


Muka yang masam dapat mempengaruhi emosi orang disekeliling. Tak percaya? Katakan. Sepanjang hari si A ni asyik nak marah orang tak tentu hala je. Pantang dekat sikit, confirm kena maki. Tanya sepatah. Jawab sepatah. Pastu, muka masam tahap dewa. Nak dijadikan cerita, si A ni datang dekat korang. Nak tanya. 


Sedang si A tanya tu, ada tak korang rasa macam nak lempang si A pakai buku setebal kamus dek kerana muka si A terlampau masam dan tanya macam orang hidung tinggi. Bak kata lain, muka bajet tahap gaban. Ada tak? Kalau ada, nampaknya aura si A dah transfer dekat korang. 


Nampak bukan teori disitu? Perbetulkan kalau salah. 


Conclusion, eventough you have problem, cuba jangan tarik muka. Especially depan parents. Get it?


Err. Tapi apa kaitan dengan kuah seri muka?


Ntah. Sebab kuih seri muka tu sedap sehingga senyum sampai ke telinga dan mampu menaikkan seri muka kot? Kot. Heheh. HeshTegLapar







Sarawak

Assalamualaikum. 

Harini entri pasal Sarawak sebab haritu aku dan family ada family gathering dekat sana. Quite fun lah. Hmmm. Mari kita mulakan. 


Kami melawat Kampung Budaya Sarawak. Sesiapa yang berminat nak tengok cara hidup, budaya, bentuk rumah masyarakat sarawak boleh lah korang tengok dekat sini ;) 


Kat sini, sebelum korang masuk, korang akan diberi sebuah pasport yang perlu dicop. Tapi kalau taknak cop pun takpe kot. haha. Function cop tu sebenarnya nak buktikan korang dah lawat seeeeeemua rumah2 dekat situ. Besar dan cantikk wooo (Y) 





PINTU MASUK 


CONTOH RUMAH

Cantikkan rumah tu? besar pula tu! kalau korang masuk dekat dalam tu, akan ada orang yang sambut korang (tapi tak tentu). Pastu diorang akan tunjukkan budaya diorang. Kadang masuk2 rumah tu ada yang tengah masaklah. Dalam rumah tu pun korang boleh tengok kraftangan !

Pastu kan, dekat situ kalau korang sempat, korang boleh tengok tarian diorang. beeeesst gilaaaaa! 2 kali sehari. Dalam pukul 9pagi dan 4petang tak silap aku.

Kalau korang masuk rumah Orang Penan, korang boleh try cara nak sumpit! 3kali try untuk RM1. Murahkan? 

Next, Jong's Crocodile Farm.

Dekat sini, bukan setakat buaya je korang boleh tengok, ada burung, monyet, biawak,babi hutan dan macam2. Yang paling famous wal masyhur,korang boleh tengok pekerja diorang bagi buaya makan! tapi dengan syarat kena ikut ah masa diorang.

2. Aku tak ingat nama dia. Rasanya Blind Crocodile sebab dia takde mata.
4. Aku panggil Buaya Kontot sebab dia takde ekor. 





On the way nak pergi tengok haiwan lain tetiba ada pula angsa yang datang menyelit minta makanan. hahaha! aku tak tahu dari mana datangnya angsa tu. Pelik bin ajaib!








 Gambar dekat atas tu time bagi makan dekat buaya. Time staff2 tu tengah dok bagi makanan, aku pun terbayang macam mana kalau tiba2 staff tu terjatuh. Dah lah bawah tu penuh dengan buaya. Peeehhhh. Sorry imaginasi kuat sangat. Lewls. haha.

Next, Semenggoh Wildlife Centre.


Dekat sini ada orang utan. Nak masuk sini, korang kena bawa kereta. Nak jalan boleh, tapi jauh ah. Tapi kalau nak jalan juga takpe. Exercise! kurangkan lemak di badan! Haip! Haha. 



1. Sesi bagi makan. Orang Utan tu pemalu #bak kata makcik yg diri belakang aku.
2. What's up ?
3. Le cute anak Orang Utan !
Gambar yg ketiga tu, tak sangka anak Orang Utan tu pandang kamera time aku nak snap gambar. Terharu weh. Hahahaha. Sebab time tu mak dia dok bergayut atas kepala aku, aku pun main random je snap sebab takut Orang Utan timpa aku. Cuak kot. Tetibaaa, ada juga anak dia sekali haa.

RICKY
Ini Ricky. Orang Utan paling besaq bak hang dekat Semenggoh Wildlife Centre. Dalam gambar mungkin nampak kecil, tapi bila tengok depan2, besaq bak hang!

Secara tak langsung aku teringat time aku kecil dulu aku tengok Orang Utan dekat Zoo Negara (tak silap). Aku pergi lah satu tempat ni, dia macam cermin lutsinar yang korang boleh nampak apa dalam dia. Dan dekat belakang tempat tu ada pagar grill. Aku tengok dekat tempat tu tapi takde pun binatangnya, yang ada, cuma sebuah rumah yang macam rumah kucing tu tapi besar ngam2  boleh masuk sorang manusia. Dan aku tengok dekat bawah rumah tu ada karpet bulu. Tapi sebenarnya 'Karpet' yang aku tengok tu sebenarnya adalah Orang Utan! Serius aku tak perasan sebab bulu dia panjang macam karpet bulu kot .______. HAHAHAHA

KEK LAPIS DAYANG SALHAH
Tak lengkap kalau korang pergi Sarawak tapi tak try / kek lapis. Rugi woo wa cakap lu orang. Haha. Sebenarnya ada banyak lagi kedai kek lapis tapi kami cuma sempat pergi dekat sini je akibat kesuntukan masa. 

Macam2 jenis kek lapis ada dekat kedai ni. Aku rasa almost seratus kot. Sedap pun sedap.

1 & 2. My Village Barok Bistro, Kuching
3. Kopi O Corner


Kalau korang nak cari restoran yang sedap, dekat sini lah tempatnya! Dua-dua tempat ni sedap woooo. Bagi orang yang first time datang Sarawak, korang kena try Mee Kolok,  Laksa Sarawak, Umai, Linut, Sup Gamat. Tahu Linut tu apa? Dia buat dari sagu. Boleh tahan lah rasa dia. Rasa dia tawar kalau korang makan dan kadang linut tu makan dengan sambal belacan supaya ada rasa. So, tahap kesedapan tu terletak pada sambal belacan lah. Tekstur dia macam kanji. Lembik. Jangan geli pula. Hahaha.

At First, aku pun teragak-agak nak makan sebab nama pun pelik dan takut pula tak ikut tekak aku. Tapi aku try juga sebab peluang datang sekali je weii. Kalau tak buat sekarang, nak buat bila? kang kempunan pulak. 

Bagi yang nak pergi style2 kampung, boleh pergi dekat My Village Barok Bistro, Kuching. Gambar tu sebenarnya dari tingkat atas restoran tu. Paling famous makanan dekat situ, Nasi Ayam Panyet dan Nasi Goreng Enjin. Apa tu nasi goreng enjin? Aku pun tak tahu sebenarnya sebab tak rasa. Adik dengan makcik aku je yang rasa. Diorang kata sedap dan pedas2 sikit. Wallahualam. 

That's it. Kalau korang rasa nak lawat Sarawak, lawat jeee! Tak rugi bro!

Assalamualaikum.



1 & 2. View dari Dewan Bandaraya Kuching Utara
2. Gunung Santubong tak silap aku
4. View dari aeroplane
5. Ombak yang begitu kuat dan lajuu ! #MusimTengkujuh

Nasuha, Naqeeb, Alif #Sepupu

Pulau Pinang

Butterfly Farm

Butterfly Farm

Flamingo Hotel

Spice Garden

Spice Garden


Canon xz-1 

Terkenang

Aku terkenang diri kau
yang jauh disana

Setiap saat
Setiap detik
Sntara kita
Takkan pernah aku lupakan

Kau membawa sinar 
buat diriku ini
Kau bagai kan pelangi 
yang mewarnai diriku

Kini tidak lagi
Kau pergi meninggalkan aku
Kau pergi buat selamanya
Kau pergi tak kembali

Aku doa agar kau bahagia
di sisi Sang Pencipta

Amin

Hanya Maaf



Maaf kupinta

Maafkan aku atas kata-kataku
Maafkan aku atas sikapku
Maafkan aku atas kekuranganku

Aku sedar siapa aku
untuk meminta maaf 

Aku sedar siapa aku
sedar akan kesalahanku selama ini

Maafkan aku
sebelum waktuku tiba
supaya senang urusan ku diSana


Hanya maaf yang
ku pinta