Harini entri pasal Sarawak sebab haritu aku dan family ada family gathering dekat sana. Quite fun lah. Hmmm. Mari kita mulakan.
Kami melawat Kampung Budaya Sarawak. Sesiapa yang berminat nak tengok cara hidup, budaya, bentuk rumah masyarakat sarawak boleh lah korang tengok dekat sini ;)
Kat sini, sebelum korang masuk, korang akan diberi sebuah pasport yang perlu dicop. Tapi kalau taknak cop pun takpe
PINTU MASUK |
CONTOH RUMAH |
Cantikkan rumah tu? besar pula tu! kalau korang masuk dekat dalam tu, akan ada orang yang sambut korang (tapi tak tentu). Pastu diorang akan tunjukkan budaya diorang. Kadang masuk2 rumah tu ada yang tengah masaklah. Dalam rumah tu pun korang boleh tengok kraftangan !
Pastu kan, dekat situ kalau korang sempat, korang boleh tengok tarian diorang. beeeesst gilaaaaa! 2 kali sehari. Dalam pukul 9pagi dan 4petang tak silap aku.
Kalau korang masuk rumah Orang Penan, korang boleh try cara nak sumpit! 3kali try untuk RM1. Murahkan?
On the way nak pergi tengok haiwan lain tetiba ada pula angsa yang datang menyelit minta makanan. hahaha! aku tak tahu dari mana datangnya angsa tu. Pelik bin ajaib!
Gambar dekat atas tu time bagi makan dekat buaya. Time staff2 tu tengah dok bagi makanan, aku pun terbayang macam mana kalau tiba2 staff tu terjatuh. Dah lah bawah tu penuh dengan buaya. Peeehhhh. Sorry imaginasi kuat sangat. Lewls. haha.
Next, Semenggoh Wildlife Centre.
Dekat sini ada orang utan. Nak masuk sini, korang kena bawa kereta. Nak jalan boleh, tapi jauh ah. Tapi kalau nak jalan juga takpe. Exercise! kurangkan lemak di badan! Haip! Haha.
Gambar yg ketiga tu, tak sangka anak Orang Utan tu pandang kamera time aku nak snap gambar. Terharu weh. Hahahaha. Sebab time tu mak dia dok bergayut atas kepala aku, aku pun main random je snap sebab takut Orang Utan timpa aku. Cuak kot. Tetibaaa, ada juga anak dia sekali haa.
Ini Ricky. Orang Utan paling besaq bak hang dekat Semenggoh Wildlife Centre. Dalam gambar mungkin nampak kecil, tapi bila tengok depan2, besaq bak hang!
Tak lengkap kalau korang pergi Sarawak tapi tak try / kek lapis. Rugi woo wa cakap lu orang. Haha. Sebenarnya ada banyak lagi kedai kek lapis tapi kami cuma sempat pergi dekat sini je akibat kesuntukan masa.
Next, Jong's Crocodile Farm.
Dekat sini, bukan setakat buaya je korang boleh tengok, ada burung, monyet, biawak,babi hutan dan macam2. Yang paling famous wal masyhur,korang boleh tengok pekerja diorang bagi buaya makan! tapi dengan syarat kena ikut ah masa diorang.
2. Aku tak ingat nama dia. Rasanya Blind Crocodile sebab dia takde mata. 4. Aku panggil Buaya Kontot sebab dia takde ekor. |
Next, Semenggoh Wildlife Centre.
Dekat sini ada orang utan. Nak masuk sini, korang kena bawa kereta. Nak jalan boleh, tapi jauh ah. Tapi kalau nak jalan juga takpe. Exercise! kurangkan lemak di badan! Haip! Haha.
1. Sesi bagi makan. Orang Utan tu pemalu #bak kata makcik yg diri belakang aku. 2. What's up ? 3. Le cute anak Orang Utan ! |
RICKY |
Secara tak langsung aku teringat time aku kecil dulu aku tengok Orang Utan dekat Zoo Negara (tak silap). Aku pergi lah satu tempat ni, dia macam cermin lutsinar yang korang boleh nampak apa dalam dia. Dan dekat belakang tempat tu ada pagar grill. Aku tengok dekat tempat tu tapi takde pun binatangnya, yang ada, cuma sebuah rumah yang macam rumah kucing tu tapi besar ngam2 boleh masuk sorang manusia. Dan aku tengok dekat bawah rumah tu ada karpet bulu. Tapi sebenarnya 'Karpet' yang aku tengok tu sebenarnya adalah Orang Utan! Serius aku tak perasan sebab bulu dia panjang macam karpet bulu kot .______. HAHAHAHA
KEK LAPIS DAYANG SALHAH |
Macam2 jenis kek lapis ada dekat kedai ni. Aku rasa almost seratus kot. Sedap pun sedap.
1 & 2. My Village Barok Bistro, Kuching 3. Kopi O Corner |
Kalau korang nak cari restoran yang sedap, dekat sini lah tempatnya! Dua-dua tempat ni sedap woooo. Bagi orang yang first time datang Sarawak, korang kena try Mee Kolok, Laksa Sarawak, Umai, Linut, Sup Gamat. Tahu Linut tu apa? Dia buat dari sagu. Boleh tahan lah rasa dia. Rasa dia tawar kalau korang makan dan kadang linut tu makan dengan sambal belacan supaya ada rasa. So, tahap kesedapan tu terletak pada sambal belacan lah. Tekstur dia macam kanji. Lembik. Jangan geli pula. Hahaha.
At First, aku pun teragak-agak nak makan sebab nama pun pelik dan takut pula tak ikut tekak aku. Tapi aku try juga sebab peluang datang sekali je weii. Kalau tak buat sekarang, nak buat bila? kang kempunan pulak.
Bagi yang nak pergi style2 kampung, boleh pergi dekat My Village Barok Bistro, Kuching. Gambar tu sebenarnya dari tingkat atas restoran tu. Paling famous makanan dekat situ, Nasi Ayam Panyet dan Nasi Goreng Enjin. Apa tu nasi goreng enjin? Aku pun tak tahu sebenarnya sebab tak rasa. Adik dengan makcik aku je yang rasa. Diorang kata sedap dan pedas2 sikit. Wallahualam.
That's it. Kalau korang rasa nak lawat Sarawak, lawat jeee! Tak rugi bro!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment