Muka Vs Kuih Seri muka



Muka. 

Sememangnya dan absolutely wal obviously mainkan banyak peranan dalam kehidupan.


Contoh. Muka Pintu. Kalau kita tengok Muka Pintu tu huduhs, rosak, calar balar, hah! alamatnya pintu tu ada masalah.


Same goes to our face. Kalau muka hang ketat wal kelat mengalahkan ayaq kopi warung Pak Samsul, tak lain tak bukan confirm ada masalah! 

"Hambooi! ayaq kopi aku pula dipersalahkan. Hang nak hang habaq lah. Toksah bawak naik nama aku. Femes jap pakcik~ *buat gaya tersipu* "


"errr.. okay pakcik okay" 


"Nak, pakcik nak tanya sat aih. Macam mana kalau ada oghang tu memang jenih muka dia masam jah. Kalah aih ayaq asam jawa. Tapi dia sebenaqnya memang macam tu walaupun gembira"


Hmmm. Okay. Menjawab persoalan Pak Samsul. Dah kalau muka dia memang pesen gitu. Sejak azali lagi memang masam gitu. Itu takyah cerita lah. Dah kalau happy pun gitu, excited pun gitu, sedih pun gitu. Itu tolak tepi lah bro.


Melainkan kalau dia buat senaman senyuman hari-hari dan akhirnya berjaya buat berbagai expression. 


Ok. Ayat macam nak lari topik je. Lul.


Soalan. Kenapa muka mainkan banyak peranan?


Muka yang masam dapat mempengaruhi emosi orang disekeliling. Tak percaya? Katakan. Sepanjang hari si A ni asyik nak marah orang tak tentu hala je. Pantang dekat sikit, confirm kena maki. Tanya sepatah. Jawab sepatah. Pastu, muka masam tahap dewa. Nak dijadikan cerita, si A ni datang dekat korang. Nak tanya. 


Sedang si A tanya tu, ada tak korang rasa macam nak lempang si A pakai buku setebal kamus dek kerana muka si A terlampau masam dan tanya macam orang hidung tinggi. Bak kata lain, muka bajet tahap gaban. Ada tak? Kalau ada, nampaknya aura si A dah transfer dekat korang. 


Nampak bukan teori disitu? Perbetulkan kalau salah. 


Conclusion, eventough you have problem, cuba jangan tarik muka. Especially depan parents. Get it?


Err. Tapi apa kaitan dengan kuah seri muka?


Ntah. Sebab kuih seri muka tu sedap sehingga senyum sampai ke telinga dan mampu menaikkan seri muka kot? Kot. Heheh. HeshTegLapar







No comments: